TRRBANG BERSAMA MDB (SIRI 73)
Berhijrah ke Dubai (I)
Tahun 2008 pembuka tirai kehidupan & pencetus perubahan dunia. Apa yang saya maksudnya? Saya sudah kerap berulang alik ke Dubai hampir setiap minggu. Keletihan. Saya juga dapat melihat potensi Dubai sebagai destinasi baru syarikat saya Amanie Advisors.
Mulai awal tahun, saya sudah mula tanam benih minat & impian melebarkan sayap syarikat ke Dubai International Financial Centre (DIFC). Saya ingin ada syarikat & ofis di DIFC. Hati dah bulat. Impian dah memikat.
Di awal bulan Ogos 2008, saya menghantar permohonan menubuhkan syarikat. Saya & Makhtar Abdullah berada di sana secara fizikal bagi menguruskan urusan incorporation. Beliau adalah staff pertama saya di Dubai. Kami tinggal di Hotel Ibis, Dubai World Trade Centre. Internat belum meluas lagi masa itu. Sepanjang hari, kami bekerja di lobi hotel Novotel yang terletak bersebelahan sebab ada coverage. Kami bekerja di mana saja walaupun di bawah tangga.
Setelah 3 hari permohonan di hantar, kami mendapat berita permohonan diluluskan. Saya amat gembira. Saya tidak tahu langsung peristiwa hitam yang bakal menyerang dunia selepas 2 minggu. DIFC juga hebat. Permohonan cepat lulus. Disediakan juga seorang pegawai untuk uruskan visa kami, urusan bank, urusan kesihatan & juga urusan sewa pejabat. Mereka sudah amalkan personalised solution untuk tarik pelancung & juga pekerja serta pelabur.
Semua berjalan lancar. Cuma satu masalah. Ofis di bangunan DIFC (seperti dalam foto) telah penuh. Ini era kemuncak Dubai & DIFC. Syarat incorporation di DIFC kena ada ofis fizikal di kawasan yang telah digazetkan. Antaranya ofis di Emirates Tower bersebelahan DIFC. Saya tidak ada pilihan. Terpaksa menyewa sebuah pejabat paling kecil berkeluasan tidak lebih 3 meter persegi dengan sewaan yang mahal gila. Hampir RM25,000 sebulan (foto ofis dilampirkan). Memang terduduk.
Saya & Makhtar teruja bekerja kuat. Syarikat saya adalah antara syarikat milik orang Malaysia yang terawal di DIFC. Kami mula merancang membawa keluarga masing2 ke Dubai di hujung tahun. Saya sudah mula mencari kereta & pemandu keluarga & syarikat. Ini betul2 satu transformasi dalam kehidupan. Hijrah.
MDB